IKSIM

TULARKAN SAMPAI VIRAL HINGGA KEPADA MENTERI 👇👇👇

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1806888019380831&id=952934824776159

*PESANAN USTAZ 79 TAHUN BUAT MENTERI AGAMA ISLAM YB DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA DAN KEMUNGKINAN “POLITICAL PERSECUTION” (PENDAKWAAN BERMOTIFKAN POLITIK) TERHADAP PENERAJU2 IKSIM KERANA BERANI MENDEDAHKAN ANCAMAN2 TERHADAP KEDAULATAN ISLAM*

POSTING TIGA BAHAGIAN :

1- BAHAGIAN 1
JAWAPAN IKSIM TERHADAP KENYATAAN MENGELIRUKAN YANG DIKELUARKAN OLEH MENTERI AGAMA ISLAM YB DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA

2- BAHAGIAN 2
PESANAN USTAZ 79 TAHUN BUAT MENTERI AGAMA ISLAM YB DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA

3- BAHAGIAN 3
ARE THEY GOING TO “KILL” IKSIM USING POLITICAL PERSECUTION???
ADAKAH MEREKA AKAN “MEMBUNUH” IKSIM MENGGUNAKAN PENDAKWAAN BERMOTIFKAN POLITIK???

___________________________

*1- BAHAGIAN 1*
*JAWAPAN IKSIM TERHADAP KENYATAAN MENGELIRUKAN YANG DIKELUARKAN OLEH MENTERI AGAMA ISLAM YB DATUK DR MUJAHID RAWA*

(1) Petang Isnin 6hb Ogos 2018 mula masuk pertanyaan2 daripada kawan2 di group2 Whatsapp tentang kenyataan YB Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mendakwa kononnya sejumlah RM7.4 juta wang zakat fii sabililLaah yang disalurkan kepada IKSIM oleh MAIWP “tidak dapat dikesan”. Tonton dan dengarkan kata2 beliau 👇

(2) Kenyataan ini mengundang pelbagai reaksi dan tidak sedikit daripada reaksi ini bersifat menghentam dan memburuk2kan IKSIM.

(3) Ini jawapan IKSIM berkaitan isu yang tidak sewajarnya timbul ini 👇

*Kenyataan Mujahid Berbaur Fitnah, Berdasarkan Laporan Audit Tidak Bertauliah Separuh Masak – IKSIM*

Merujuk kepada sessi penggulungan oleh YB Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen petang tadi berkenaan laporan Audit Dalam oleh Pasukan Audit Dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke atas Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) ternyata ia bersifat FITNAH.

Yang Berhormat Menteri telah membuat satu bentuk dakwaan berdasarkan laporan Pasukan audit dalam MAIWP yang bukan juruaudit bertauliah. Malah dapatan mereka masih bersifat separuh masak kerana belum dijalankan “exit conference”.

Pihak IKSIM telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak Audit Dalam (MAIWP) sejak dari awal dan masih menunggu “exit conference” yang telah ditangguhkan sebanyak 3 kali oleh pihak MAIWP setelah pihak IKSIM menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan.

Pihak IKSIM menyeru supaya semua pihak berpegang kepada etika kerja yang betul dan tidak melangkaui prosedur dengan mengemukakan pelbagai bentuk dakwaan sebelum semua proses audit lengkap sepenuhnya.

RM 7.4 Juta dana yang dibangkitkan oleh YB Menteri adalah berpunca dari prosedur kerja dan tatacara perakunan yang berbeza di antara MAIWP dan prosedur yang digunapakai oleh IKSIM. Setiap ringgit yang diuruskan perbelanjaan oleh IKSIM mempunyai rekod terperinci dan boleh disemak dalam masa beberapa minit. Akan tetapi pasukan Audit MAIWP menganggap perbezaan itu sebagai kesilapan.

Untuk makluman, IKSIM bukan anak syarikat MAIWP. IKSIM telah diaudit BERSIH sejak ditubuhkan oleh juruaudit bertauliah. IKSIM tertakluk di bawah Akta Syarikat dan MAIWP pula di bawah Akta 505.

Pihak IKSIM ingin mengingatkan semua pihak bahawa kenyataan dan dakwaan yang telah dibuat berdasarkan laporan audit separuh masak oleh YB Mujahid Yusof Rawa di luar Parlimen sebentar tadi tidak diberikan imuniti. Justeru sesiapa yang memanjangkannya boleh terjebak dengan tindakan undang-undang.

http://iksim.my/iksim/index.php?r=portal/book&type=kenyataan&id=Mk4vcGtIcTU0M2NkQ2dReGdjU3F2QT09

___________________________

*2- BAHAGIAN 2*
*PESANAN USTAZ 79 TAHUN BUAT MENTERI AGAMA ISLAM YB DATUK DR MUJAHID RAWA*

(1) Rabu, 25hb Julai 2108, seawal 6:30 pagi, panggilan telefon daripada Walid (Ayah Ustaz Engku).

(2) Ini kali kedua berturut2 Walid telefon. Kali pertama, Selasa 24hb Julai 2018, sebelah malam.

(3) Biasanya kalau panggilan telefon daripada Kuala Terengganu, ummi (ibu Ustaz Engku) yang telefon.

(4) Bila Walid sendiri yang telefon, maknanya ada sesuatu yang penting yang ada di fikiran beliau sehinggakan beliau ingin bercakap dan sampaikan sendiri kepada saya.

(5) Rupa2nya pada masa itu telah sampai kepada beliau berita tentang kakitangan IKSIM yang tidak menerima gaji kerana sekatan yang dikenakan terhadap dana fi sabililLaah IKSIM.

(6) Cuma pada awalnya, beliau yang sudah berumur 79 tahun menyangkakan saya yang tidak dibayar gaji oleh IKSIM kerana dituduh berkempen politik.

(7) Beliau yang kerap mendengar ceramah atau temubual saya di radio dan televisyen tahu bahawa saya tiada berkempen untuk mana2 parti politik di dalam ceramah2 saya, menasihatkan saya agar menerangkan kepada IKSIM bahawa saya tidak ada berkempen politik.

(8) Lalu saya terangkan kepada beliau bahawa bukan IKSIM yang membuat keputusan untuk tidak membayar gaji saya, tetapi IKSIM sendiri yang disekat dana oleh pihak berkenaan atas tuduhan menjadi alat politik kerajaan yang dahulu sehinggakan tidak mampu membayar gaji kakitangan.

(9) Perbualan telefon itu tidak lama, kerana beliau menjadi sebak, cuma ada pesanan yang beliau minta saya/IKSIM sampaikan kepada YB Datuk Dr Mujahid, yang beliau ulangi lagi ketika saya pulang ke Kuala Terengganu 27-28 Julai 2018 yang lalu.

(10) MINTA DR MUJAHID BERPEGANG DAN BERAMAL DENGAN APA YANG BELIAU SERING LAUNG2KAN BAHAWA *ISLAM ADALAH RAHMATUN LIL ‘AALAMIIN*. KALAU BELIAU TUTUP IKSIM, MAKA GOLONGAN2 YANG MEMUSUHI ISLAM AKAN BERGEMBIRA. MANA RAHMAT YANG DILAUNG2KAN??? (Selepas itu ada pula cakap2 bahawa IKSIM tidak akan ditutup, tetapi akan “diperbetulkan” dan “dibersihkan”)

(11) Mohon kawan2 yang prihatin *TOLONG TULARKAN* pesanan daripada guru dan bapa saya ini, Ustaz Engku Ali bin Engku Endut, 79 tahun, MINTA DR MUJAHID BERAMAL DENGAN APA YANG DILAUNG2KAN : ISLAM RAHMATUN LIL ‘AALAMIIN.

(12) Kalau dengan golongan LGBT, kerajaan sekarang katanya sedia untuk berdialog, takkan dengan golongan yang memperjuangkan kedaulatan Islam, tanpa dialog, terus dikenakan tindakan kuku besi!?
(Ini Ustaz Engku Ahmad Fadzil, 49 tahun yang bertanya, bukan Ustaz Engku Ali bin Engku Endut, 79 tahun ☺️)

___________________________

*3- BAHAGIAN 3*
*ARE THEY GOING TO “KILL” IKSIM USING POLITICAL PERSECUTION???
ADAKAH MEREKA AKAN “MEMBUNUH” IKSIM MENGGUNAKAN PENDAKWAAN BERMOTIFKAN POLITIK???*

(1) Saya harap apa yang sampai kepada kami ini tidak benar.

(2) Telah sampai kepada kami maklumat2 yang menunjukkan ada usaha-usaha daripada pihak tertentu untuk menekan atau memujuk mantan pekerja2 IKSIM untuk testify against tokoh peneraju IKSIM menggunakan laporan salah guna dana kepada SPRM.

(3) Sudah digendangkan oleh orang-orang seperti Jamzuri Ardani yang mengaku sebagai ahli parti “Amanah” tuduhan2 liar terhadap kerja dan dana IKSIM.

(4) Pagi2 Isnin 30hb Julai 2018 lagi saya “terpaksa” membaca satu posting yang berunsur fitnah dan provokasi kerana nama saya ditag di ruangan komen di post saudara Ahmad Faiz Alfateh

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2017788658231874&id=100000022790414

(5) Yang empunya posting yang asal, bernama/menggunakan nama Jamzuri Ardani

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10205031594425021&id=1697373867

mempersoalkan kononnya IKSIM hanya menghabiskan dana yang banyak TANPA melakukan kerja2 yang berfaedah.

(6) Dakwa beliau di dalam posting Facebook beliau 👇

“IKSIM didaftarkan sebagai satu syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ketika ditubuhkan dahulu, diantara objektif penubuhannya ialah untuk membantu Majlis Raja-raja Melayu di dalam kajian berkenaan Islam. Kerajaan BN melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memberikan geran peruntukan kepada IKSIM sebanyak RM10 juta setahun. Gaji CEO IKSIM sahaja dikhabarkan melebihi RM25 ribu sebulan.

Soalnya, apakah IKSIM telah memenuhi objektif penubuhannya dan apakah berbaloi rakyat membelanjakan RM10 juta setahun kepada sebuah syarikat yang tidak menjalankan apa-apa perniagaan yang menjana pendapatan melainkan sekadar menanamkan kebencian dan fitnah sesama rakyat Malaysia?

Bagi saya CEO IKSIM wajar mengambil tanggungjawab penuh di atas kegagalan beliau dengan meletakkan jawatan supaya IKSIM dapat diletakkan semula di atas landasan asalnya.”

— SELESAI UMPATAN BELIAU TERHADAP IKSIM DAN CEO IKSIM – – –

(7) Tidak terlintas kah di fikiran beliau yang seperti diselubungi awan hitam ketaksuban dan kebencian politik melampau : Kalau IKSIM tak buat kerja yang efisien, masakan kumpulan G25, peguam2 pejuang liberalisme, golongan2 dan individu2 Anti-Sultan dan Institusi beraja, Wahhabi, Syiah, parti2 politik tertentu dan konco2 upahan mereka, Penggerak LGBT dll beria2 menentang dan mahukan IKSIM ditutup???

(8) Masakan RECS (Radical Evengelists Christian State) dan kumpulan LGBT terpaksa membatalkan sebahagian program2 mereka dan menarik balik video2 hasutan dari YouTube???

(9) Masakan pejabat2 kedutaan negara2 luar termasuk wakil kedutaan Amerika Syarikat membuat pertemuan dengan IKSIM untuk mengetahui dan membincangkan berkenaan kerja-kerja yang IKSIM jalankan dan pendedahan2 yang IKSIM lakukan khususnya semasa pembentangan kertas kerja oleh KPE IKSIM di Putrajaya International Security Dialogue awal 2018???

(10) Jika IKSIM tidak membuat kerja, kenapa perlu KPE IKSIM diseret ke Mahkamah semata-mata berkaitan isu sokongan ummat Islam terhadap pindaan kepada A355???

(11) Masakan ada di antara wakil rakyat yang seolah-olah menjadi jurucakap bagi kepentingan political masters mereka (bukan kepentingan rakyat) terpaksa berkokok berdegar2 di dewan rakyat menghentam IKSIM???

(12) Masakan pegawai agama lantikan kerajaan DAP, penyokong kepada negara Republik Malaysia 2030, Wan Ji Wan Hussin kelihatan sudah agak kendur dan kurang berani menyebarkan idea jahat nak hakis dan hapuskan institusi raja-raja???

(13) Kalau IKSIM tak buat kerja sebagaimana yang dituduh pentaksub2 politik, masakan Majlis Raja2 juga menjemput KPE IKSIM membentangkan hasil kajian IKSIM mengenai ancaman terhadap kedaulatan Islam baru2 ini?!!

(14) Malah, ketara para menteri (dahulu dan sekarang) sudah mula reti menyebut Islam Agama Persekutuan (bukan sekadar “agama rasmi” seperti sebelum2 ini???

(15) Kenapa IKSIM haters (among Muslims especially) tidak mahu membuka mata dan minda bahawa RM10 juta untuk kajian dan perkongsian strategik dan program advokasi (termasuk seminar2 dan pembentangan oleh pakar2 antarabangsa) melibatkan purata lebih 100 ribu peserta kursus TRAPI setahun sebenarnya adalah sebuah jumlah yang kecil!!!

(16) Secara jujur : Adakah agensi2 agama kerajaan yang mempunyai kakitangan yang lebih ramai dan peruntukan yang lebih besar melakukan kerja sebegini???

(17) Sepatutnya saudara2 seagama sekalian: Kalau tidak mampu menjawab secara ilmiah dan berfakta pendedahan2 IKSIM tentang ancaman2 terhadap agama suci dan ummat Islam, jangan sampai jadi penabur fitnah pula.

(18) BUKALAH MATA DAN HATI : Yang mahu menutup dan menekan IKSIM ini, kebanyakannya dari kumpulan Ekstremis Liberal, Sekular, Pendokong pluralisme agama, kumpulan ajaran sesat dan tunggangan-tungangan politik golongan tersebut.

(19) Ada pula yang cuba memberikan gambaran negatif dengan membangkitkan jumlah gaji KPE IKSIM yang dikatakan berjumlah RM25 ribu sebulan.

(20) Secara jujur, saya tidak pernah ambil tahu berapa gaji bos saya, dan kalau betul beliau sanggup menerima gaji hanya RM25 ribu sebulan untuk memikul tugas berat ini (sedangkan biasanya gaji KPE syarikat dalam RM50 ribu sebulan atau ke atas) itu urusan beliau, saya sendiri pun untuk tempoh tidak kurang enam bulan yang lepas sehingga sekarang belum membuat apa2 tuntutan perjalanan/penginapan daripada IKSIM kerana mungkin untuk perjuangan sebegini asalkan cukup makan pakai, AlhamdulilLaah.

(21) Untuk makluman, KPE IKSIM adalah seorg SENIOR FEDERAL CONSEL JUSA C sejak 2009 di AGC (Jabatan Peguam Negara) sebelum dilantik sebagai Professor undang-undang di UNISZA dan dipinjamkan sebagai KPE IKSIM.

(22) Sepanjang tempoh itu dan selepas dipinjamkan sebagai KPE IKSIM, beliau diberikan gred JUSA A…. Tetapi beliau tidak pernah travel bisnes class apabila dijemput membentang kertas kerja dan terlibat berceramah 4-5 kali setiap minggu. Ada Ketua2 agensi/syarikat lain yang sudi berbuat demikian???

(23) Saya sendiri pernah ada pengalaman peribadi perlu menyampaikan ceramah di Pasir Puteh tentang pegangan Wasatiyyah Ahlis Sunnah wal Jamaah dan KPE IKSIM juga perlu membentangkan tentang DIAN (DAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA), sampai kapalterbang Firefly di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, beliau ajak saya tumpang kereta yang dipandu beliau.

(24) Kereta yang dipandu beliau adalah kereta yang beliau sewa di Airport Pengkalan Chepa. Adakah Mercedes? Adakah Toyota Camry? Adakah Honda Accord? BUKAN. Hanya sebuah kereta lama (saya tak ingat Kancil atau Viva, yang pasti Perodua) bergear manual, berclutch haus dan penggegar tulang belulang (bone-shaker)!

(25) Selesai ceramah saya, saya ambil Grab (atau Uber masa tu) ke Airport KB dan di dalam perjalanan, KPE IKSIM telefon saya bertanya saya di mana? Saya kata dalam Grab ke Airport. Rupa2nya beliau nak saya drive kereta sewa itu ke Airport supaya penceramah IKSIM seterusnya yang dijangka akan sampai boleh menggunakan kereta sewa yang sama tanpa melibatkan kos tambahan.

(26) Adakah kerana KPE IKSIM lantang berhujah menolak beberapa tindakan kerajaan Malaysia sekarang melantik pihak2 tertentu yang pada penilaian boleh mengancam kedaulatan Islam seperti lantikan2 Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara baru2 ini, maka beliau menjadi sasaran tunggangan2 politik upahan untuk membuat “character assassination” ke atas beliau dan Institusi yang dipimpinnya?

(27) Sepatutnya saudara2 kami ummat Islam : Kalau anda tidak mampu atau tidak mahu susah2 membantu agenda Kedaulatan Islam melawan agenda liberal, sekularis dan pluralis agama, JANGAN pula biar diri menjadi tunggangan golongan tersebut untuk menutup satu2nya institusi yang aktif membuat kerja2 semak dan imbang terhadap kumpulan tersebut.

(28) Saya benar2 berharap pihak-pihak yang berkenaan membatalkan hasrat mereka untuk melakukan political persecution, penganiayaan politik melalui aduan2 berniat jahat kepada SPRM.

(29) Ketika Menteri Agama yang dahulu belum melepaskan jawatan sebagai Pengerusi IKSIM (beliau lakukan itu semasa beliau masih lagi memegang jawatan menteri agama) kami di IKSIM tidak mendapat apa2 arahan atau tekanan politik daripada beliau, sebaliknya beliau hanya bertindak sebagai pemudahcara, malah beliau pula yang banyak meminta dan mendengar nasihat daripada IKSIM di dalam isu2 yang membabitkan kedaulatan Islam. Demikian pada masa itu IKSIM juga boleh dengan tegas ketika diminta bantuan oleh Timbalan Menteri Agama memberitahu kepada beliau bahawa kalau untuk kepentingan agama, tanpa diminta pun IKSIM akan bantu, tetapi kalau untuk politik, itu BUKAN tugas IKSIM. AlhamdulilLaah, beliau setuju bantuan yang dihulurkan oleh IKSIM hanya untuk kepentingan agama.

(30) Jadi, saya dengan rendah hati merayu kepada pihak yang sekarang memikul amanah kuasa agar WALK THE TALK! Buktikan bahawa anda memang bersikap terbuka terhadap pandangan2 yang berbeza, inklusif kepada kepelbagaian orientasi dan bahawa anda memang memperjuangkan ISLAM RAHMATUN LIL ‘AALAMIIN!!!