Amalan Pada Malam dan Hari Raya

Seminggu lagi, insya Allah umat Islam akan merayakan Eidul Fitri, suatu hari kemenangan ke atas jihad melawan hawa nafsu sehingga dapat mengembalikan diri kepada fitrah asal yang suci dari dosa.

Begitu cepat terasa masa berlalu bagi kita yang bukan  ‘pengembala‘ masa!

Alangkah sedihnya rasa di hati kerana ‘tetamu‘ yang sudah bertandan selama sebulan dengan membawa berbagai-bagai kebaikan dan kenikmatan kepada kita akhirnya akan pergi meninggalkan kita, membawa bersamanya malam yang lebih baik dari seribu bulan……

Apakah Ramadhan kali ini menandakan kejayaan kita menundukkan hawa nafsu dan sekaligus menyucikan diri daripada segala dosa? Atau masihkah kita terkandas dan gagal lagi dalam perjuangan suci ini…..

Walau bagaimanapun, di sini disebutkan beberapa amalan yang elok dilakukan pada malam hari raya dan juga pada hari raya itu sendiri….

  • Menghidupkan malam raya. “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a)
  • Berdoa. Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: “Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.”
  • Bertakbir

Adapun amalan di hari raya ialah:

  • Mandi sunat Eidul Fitri. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadith ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
  • Memakai pakaian yang terbaik ( tidak mesti yang baru ) dan juga haruman. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya: Maksudnya: “Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya.”
  • (Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)
  • Makan terlebih dahulu sebelum pergi menunaikan solat sunat. Anas Radhiallahu ‘anhu berkata:”Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
  • Mengucapkan tahniah apabila bertemu dengan ucapan “Semoga Allah menerima dari  kami  (segala amalan) dan juga dari kamu (segala amalan kamu) .
  • Ziarah Menziarahi
  • Tidak salah jika memberikan sampul raya kepada kanak-kanak dengan niat idkhal al surur ( mengembirakan mereka! )

Sumber: Pejabat Mufit Brunei


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s