Cepatnya Masa Berlalu

Masa itu diibaratkan seperti pedang, kalau kita silap langkah dalam menggunakan masa, padah jawabnya. Padahnya di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Pejam celik, pejam celik dahpun Shaaban. Malam esok pula Nisfu Shaaban. Bagi orang tua macam PakNik yang ikut cara orang tua-tua, malam besok PakNik bacalah Yasin 3 kali sebagai menyambut kedatangan pertengahan Shaaban. Begitulah amalan PakNik sedari dulu, ketika kecik-kecik mengikut arwah Hj Yusof Pattani, guru Qur’an PakNik masa budak-budak dulu.

Maknanya anak-anak, lagi dua minggu je, kita akan bertemu semula dengan bulan Ramadan yang penuh dengan berkat.

Jangan pula ada anak-anak yang mengeluh sebab bulan puasa dah dekat.

Nabi Muhammad dan para Sahabat baginda seronok bila tiba bulan Ramadan. Kita orang Melayu ni lazimnya seronok bila bulan puasa dah pergi dan bulan Raya dah datang.

Sikap ni susah nak diubah. Perkara yang Islam suruh kita seronok dengannya kita susah hati, dan sebaliknyalah!

Tunggu dan lihat…Kadang-kadang belumpun Ramadan lagi, berbagai-bagai IKLAN RAYA akan kita temui. Kadang-kadang kat TV, kat Radio, kat Akhbar…..

Moga-moga tahun ni kita dapatlah sungguh-sungguh menepati kehendak bulan Ramadan, ye.

Ingat, sapa-sapa yang gagal dalam memenuhi tuntutan Ramadan, tak layak BERAYA, macam orang “fail” SPM, takkan nak “celebrate” sakan kot…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s